Persatuan Wushu SMK Sacred Heart

1.        NAMA: KELAB WUSHU SMK SACRED HEART

           ALAMAT        : JALAN OYA , SIBU

 

2.        NO. PENDAFTARAN :   /

 

3.        MATLAMAT

3.1   Membolehkan pelajar supaya berpeluang memperlajari seni

        mempertahankan diri yang juga merupakan seni budaya kaum

        Cina.      

 

4.        OBJEKTIF

4.1   Pelajar dapat menguasai kemahiran yang diajar oleh 

        jurulatih.

4.2   Pelajar dapat mempertahankan diri atau menyihatkan badan

        melalui latihan wushu.

 

5.        KEAHLIAN

5.1         Dibuka kepada semua pelajar sekolah.

5.2         Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang

              kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian

              dengan cergas bagi menjayakan aktiviti kelab ini.

 

6.        GURU PENASIHAT

6.1         Guru penasihat adalah daripada guru sekolah ini.

6.2         Guru penasihat hendaklah memberi nasihat dan

              mempunyai kuasa mutlak merancang, melaksana atau

              membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.

6.3         Guru Penasihat hendaklah sentiasa hadir dan bersama-

              sama ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan

6.4         Guru Penasihat mempunyai kuasa membuat penilaian

              kokurikulum.

 

7.        AHLI JAWATANKUASA

7.1         Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

7.2         Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis 

              surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai AJK.

7.3         Pemilihan AJK secara undian.

7.4         AJK Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa

              mengadakan mesyuarat.

7.5         AJK yang hendak meletak jawatan hendaklah menghantar

              surat perletakkan jawatan kepada Guru Penasihat.

7.6         Ahli AJK Kelab hendaklah terdiri :

              Pengerusi

              Naib Pengerusi

              Setiausaha

              N. Setiausaha

              Bendahari

              N. Bendahari

              AJK

 

8.        KEWANGAN

8.1         Persatuan boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti.

8.2         Ahli-ahli dikehandaki membayar RM8 sebulan kepada 

              jurulatih. 

 

9.        KEHADIRAN / PENYERTAAN

9.1     Ahli-ahli kelab dikehandaki menghadiri semua aktiviti yang

          dijalankan sepanjang tahun.

 

10.     AKTIVITI

10.1   Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat Agung

          atau mesyuarat    

AJK.

10.2   Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat

          dan diumumkan untuk pengetahuan ahli.

 

11.     PERATURAN-PERATURAN

11.1         Peraturan sekolah menjadi peraturan asas.

11.2         Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh

                semua ahli.

11.3         Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan

                tindakan tatatertib.

 

12.     TINDAKAN DISIPLIN

12.1         Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan   

                kelab dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

12.2         Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut :

12.2.1         Amaran lisan

12.2.2         Amaran bertulis

12.2.3         Gantung keahlian

12.2.4         Pecat keahlian

12.3         Ahli yang dikenakan tindakan disiplin akan hilang semua

                hak keahlian.

12.4         Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang

                diambil boleh membuat rayuan kepada Guru Penasihat

                secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah

                muktamad.

 

13.     PINDAAN PERLEBMBAGAAN

13.1         Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah

                sehingga ia dipinda

13.2         Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli,

                AJK, Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara

                bertulis.

13.3         Satu mesyuarat khas yang dihadiri Guru Penasihat dan

                AJK akan membincangkan cadangan tersebut dan

                meluluskannya jika perlu.

13.4         Setiap pindaan yang diluluskan hendaklah dipamerkan di

                papan kenyataan kelab dan disahkan oleh Pengetua.

 

14.     PEMBUBARAN PERSATUAN

14.1       Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan kelab jika

             didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan

              Negara.

14.2       Segala hutang wajib dijelaskan baki kewangan diputuskan

              dalam Mesyuarat Agung Tergempar.

 

15.     HAL-HAL LAIN

15.1      Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri   

             terhadap aktiviti yang dijalankan.

15.2      Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti

             dengan penuh minat.

Voog. Make a website.